Kelas Website (Pengenalan kepada Laman Web)

10 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 9 Mac 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Website iaitu ‘Pengenalan kepada Laman Web’ yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 4 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai laman web.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan mengenai WWW (World Wide Web) seperti istilahnya serta mengenai maksud tapak web (website), laman web (website), muka halaman (Home page) dan pelayar web (web browser). Peserta juga diterangkan mengenai asas rekabentuk laman web seperti teks, warna, navigasi, warna, grafik, stail dan saiz halaman. Di samping itu, peserta juga diterangkan soalan yang perlu di ambil kira semasa membuat laman web seperti siapakah yang akan membaca laman web? dan kenapa mereka melawat laman web tersebut?

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali